BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Doktor mangsa terbaharu COVID-19

KUCHING: Satu kes kematian baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan sembilan kes keseluruhan.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama dalam kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM.

Menurutnya, mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi tadi.

"Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

"Pesakit telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum," katanya,

Katanya, kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. 

Menurutya, ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »