BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ditangkap bawa diesel tanpa kebenaran


SIBU: Tindakan berani seorang lelaki membawa muatan diesel 800 liter dianggarkan bernilai RM 81,704 tanpa sebarang dokumen kebenaran dari pihak Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membawa padah apabila ditangkap.

Lelaki terbabit ditangkap anggota dan pegawai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima,Sibu, jam 7.15 pagi tadi di Jalan Salim,di sini.

Komander PPM Wilayah Lima, Asisten Komosioner Shamsol Kassim berkata, ketika ditahan lelaki terbabit yang memandu Toyota Hilux membawa empat tong drum plastik berwarna biru dengan muatan diesel yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan.

"Pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran membawa minyak berkenaan dari pihak KPDNHEP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pasukan serbuan telah menangkap dan menahan pemandu bersama kenderaan beserta muatan yang dibawa.

"Suspek dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah Lima Sibu untuk  diserah kepada Pegawai  Penguatkuasa KPDNHEP Bahagian Sibu,"katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 KPDNHEP (memiliki barang kawalan berjadual).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »