BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dirompak ketika berhenti merokok



SIBU: Hasrat seorang lelaki untuk melepaskan gian merokok tidak kesampaian selepas dia dirompak di Rumah Tabau, Batu 22, Ulu Sungai Naman petang semalam.

Semasa kejadian, mangsa, 51, yang menunggang motosikal berhenti di tepi jalan untuk merokok apabila didatangi oleh tiga lelaki menggunakan dua motosikal.

Kedua-dua suspek itu kemudian memegang mangsa manakala seorang lagi mengikat tangan mangsa menggunakan tali nyilon sebelum mereka melarikan diri bersama beg sandang mangsa.

Mangsa kemudian berjaya melepaskan diri daripada ikatan tali nyilon dan pagi ini membuat laporan di balai polis.

Mangsa mendakwa dia kehilangan dokumen peribadi dan wang tunai RM50. 

Menurut mangsa, identiti suspek tidak dapat dikenalpasti kerana ditutupi penuh topi keledar

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »