BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dicekup curi motosikal


KUCHING:Dua lelaki warga tempatan dicekup polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Kuching dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching
Superintendan Merbin Lisa berkata, kedua-dua suspek  berusia 17 dan 30  tahun itu ditangkap ketika rondaan di Jalan Song, jam 3 pagi semalam.

"Motosikal yang ditunggang oleh kedua-dua suspek ini dalam keadaan mencurigakan. 

"Pemeriksaan lanjut ke atas motosikal yang ditunggang oleh suspek didapati  dilaporkan hilang pada 14 Februari lalu di daerah Kuching,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kedua-dua suspek ditangkap dan motosikal dirampas serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching untuk tindakan lanjut. 
 
"Pemeriksaan rekod suspek yang berusia 30 tahun mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun, jika sabit kesalahan,"ujarnya.

Katanya,perintah tahanan reman ke atas kedua-dua suspek telah diluluskan oleh Mahkamah Majistret Kuching selama empat hari sehingga 8 Mac ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »