BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Denda RM25,000 curi kayu



SIBU: Dua lelaki dipenjara satu bulan dan denda sebanyak RM25,000 setiap seorang kerana didapati bersalah mengumpul kayu di kawasan tanah kerajaan negeri (State Land) tanpa lesen.

Tertuduh seorang rakyat tempatan, Khairuddin Sait, 40, dan seorang warganegara Indonesia, Shalwah Rasyid, 53 didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kapit dengan melakukan kesalahan di bawah seksyen 90(1) dan (2) the Forests Ordinance 2015.

Kedua-dua tertuduh gagal membayar denda tersebut dan diperintah menjalani hukuman penjara tambahan selama 6 bulan.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan Ulu Pelagus pada 12 Mac lalu. Keputusan dibuat dihadapan Hakim Stella Augustine Druce. 

Hakim juga memerintahkan tertuduh untuk membayar sebanyak RM 57,773. kepada Kerajaan Negeri Sarawak bagi maksud nilai kayu rampasan tersebut. 

Hakim ketika menjatuhkan hukuman berkata, dengan mengambil kira kepentingan awam, aktiviti pembalakan haram adalah kesalahan serius dan berleluasa (rampant) di negeri ini.

Pegawai pendakwa, Mohamad Fuad Ahmad dan M. Muhaimin mewakili Jabatan Hutan Sarawak.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »