BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Denda RM10,000 potong gaji pekerja


KUCHING: Majikan boleh dikenakan denda RM10,000 jika memotong gaji pekerja sepanjang tempoh larangan pergerakan 18 hingga 31 Mac.

Notis Jabatan Perdana Menteri, ia adalah di bawah Seksyen 24 Akta Kerja 1955 iaitu tidak benarkan penolakan gaji.

Ia melibatkan pekerja yang gaji bawah RM2,000 atau buruh.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan ini dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah kawalan termasuk penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi,
bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan,
pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »