BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Denda RM1000 sehari siar Berita Palsu


KUCHING: Denda RM1,000 untuk setiap hari akan dikenakan kepada pesalah yang menyebarkan berita palsu berkaitan wabak Covid-19 selanjutnya selepas disabitkan.

Selain itu, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya.

“Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab untuk berbuat demikian dibawah Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi (CMA) 1998,” demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak petang tadi.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menasihatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita palsu atau tidak disahkan pada platform sosial atau media sosial. 


Sementara itu, Sarawak mencatatkan sebanyak 34 kes positif Covid-19 dalam tempoh tiga hari termasuk 29 daripadanya adalah kes import.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa sidang petang tadi turut menggariskan sembilan langkah kawalan untuk mengatasi penularan Covid-19:

➛ Berkuatkuasa 18 Mac, semua pelawat domestik dan luar negara yang masuk dan datang ke Sarawak hendaklah mendapat notis tinggal dirumah (Stay Home Notice) selama 14 hari. Ini termasuk penduduk dan pemegang passport jangka pendek dan panjang. Agensi berkaitan akan memantau pemegang SHN melalui lawatan, panggilan telefon dan aplikasi teknologi moden.

➛ Pengecualian hanya diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri kepada yang mempunyai urusan mustahak untuk keluar (untuk tugasan rasmi)

➛Semua acara kerajaan negeri yang melibatkan lebih 50 orang dibatal atau ditunda sehingga ke satu tarikh yang ditentukan.

➛ Semua acara awam yang melibatkan lebih 50 orang dinasihatkan untuk ditunda atau dibatalkan.

➛ Semua tabika, taska dan sekolah tahfiz di Sarawak diarahkan ditutup selama dua minggu mulai 17 Mac.

➛ Institusi pengajian tinggi swasta dan kerajaan diminta menunda sesi akademik selama dua minggu mulai 17 Mac.

➛ Semua sekolah dinasihatkan untuk meneruskan cuti sekolah sehingga 29 Mac.

➛ Semua kemudahan sukan termasuk kolam renang, stadium dan gimnasium ditutup mulai 17 Mac hingga ke tarikh yang ditentukan.

➛ Orang awam dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri dan menggelakan aktiviti sosial di luar di tempat sesak.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »