BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Denda RM1,000 buang sampah haram


KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara memantau kawasan yang kerap dijadikan lubuk pembuangan sampah iaitu Kawasan Perindustrian Demak, Matang dan Pusat Penjaja Sungai Maong.

Sehubungan itu, orang ramai diminta memberi kerjasama  menjadi mata dan telinga DBKU untuk menjaga kesejahteraan awam.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, orang awam boleh menyalurkan maklumat bergambar perbuatan membuang sampah sembarangan kepada Aduan DBKU di talian WhatsApp 0168864466 atau terus hubungi talian Aduan Awam DBKU di 082446644.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah pembuangan sampah sembarangan DBKU menyediakan tempat baharu pembuangan sampah iaitu di Pusat Pembuangan Sampah Jalan Depo dalam masa terdekat.

"Undang-Undang Kecil 18 (3) 1999, sabit kesalahan boleh didenda mahkamah sebanyak RM1,000 bagi kesalahan pertama dan denda tambahan RM2,000 bagi kesalahan berikutnya atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang media Bersama Menteri Bertanggungjawab DBKU di pejabat DBKU.

Beliau berkata, DBKU lebih aktif menjalankan aktiviti menjaga kebersihan kawasan DBKU seperti bulan kebersihan yang disambut pada Ogos akan datang.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »