BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

DAP Sarawak melalak apabila tumbang

KUCHING: Kerajaan GPS akan terus bertegas dalam memperjuangkan hak Sarawak seperti termaktub di dalam MA63 dan tidak akan membenarkan sebarang unsur yang boleh menganggu-gugat keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Pemuda GPS Sarawak dalam kenyataan bersama berkata, DAP juga menakut-nakutkan rakyat Sarawak dengan kehadiran UMNO dan PAS dalam Perikatan (PN), sedang hala tuju perjuangan GPS tetap akan berdiri atas kapasiti sebuah entiti politik Sarawak dan tidak akan menyertai Muafakat Nasional (MN) mahupun PN. 

Tegasanya, DAP juga menakut-nakutkan rakyat Sarawak dengan kehadiran UMNO dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN), sedang hala tuju Mungkin DAP sudah lupa bahawa DAP dan PKR yang sebenarnya dahulu pernah ‘tidur sebantal’ dengan Pas dalam Pakatan Rakyat.

”Kenapa melalak nak salahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, namun langsung tidak bersuara ketika hak dan kepentingan Sarawak diabaikan, serta segala projek untuk Sarawak ditarik balik oleh Kerajaan PH selama 21 bulan menjadi kerajaan?

”Ini jelas menunjukkan betapa DAP Sarawak termasuk Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii, sebenarnya lebih pentingkan diri dan kuasa, berbanding kepentingan rakyat dan negeri Sarawak.

”Dakwaan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii, yang menyalahkan GPS kononnya menjadi sebahagian daripada gerakan membentuk apa yang mereka dakwa sebagai kerajaan pintu belakang dan menuduh GPS sebagai memanupulasi kemelut politik yang melanda negara, adalah satu kenyataan terdesak dan sengaja dicipta untuk mengelirukan rakyat,” katanya.

Kenyataan Pemuda GPS Sarawak dikeluarkan bersama Ketua Pemuda PBB Gerald Rentap Jabu, Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pemuda SUPP Micheal Tiang dan Ketua Pemuda PDP , Robert Ayu

Menurut kenyataan tersebut, DAP dan PKR yang menjadi punca kepada kemelut politik negara kerana mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, jika DAP dan PKR konsisten mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad serta tidak tidak mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong, kemelut politik negara akan selesai lebih awal dan Tun Dr Mahathir akan menjadi Perdana Menteri.

”Jika mereka tidak terlalu mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim , PH mungkin masih lagi berkuasa hingga ke hari ini. 

”Dr Kelvin dan DAP patut cermin diri, semua ini sebenarnya angkara siapa. Mereka asyik berebut kuasa sesama sendiri sehingga rakyat dan negara yang menjadi mangsa,” katanya.

Menurutnya, GPS tersepit di tengah-tengah kemelut yang melanda dan dijemput melalui ‘pintu hadapan’ untuk membuat pilihan serta keputusan bagi menyelesaikan kemelut yang dicipta oleh PH sendiri.

Tegasnya, GPS memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan supaya politik negara kembali stabil dan kerajaan dapat memberi tumpuan kepada usaha memacu kembali ekonomi negara dan menjaga kebajikan rakyat.
 
”Apabila hilang kuasa akibat kerakusan pemimpin PH sendiri yang asyik berebut nak jadi Perdana Menteri sejak menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sehingga membawa kepada kemuncak kejatuhan PH sendiri, DAP salahkan GPS pula.

”Ketika semua projek termasuk Jambatan Batang Lupar, Jambatan Batang Rambungan dan Batang Igan yang sudah diluluskan kerajaan terdahulu untuk Sarawak dibatalkan selepas PH berkuasa, kesemua pemimpin DAP hanya membisu, tidak bersuara langsung untuk mempertahankan Sarawak.
 
”Dimana suara DAP Sarawak ketika banyak projek infrastruktur di pedalaman Sarawak dibatalkan, ketika Kerajaan PH enggan menyediakan bajet untuk sekolah daif, ketika Petronas enggan membayar 5 peratus cukai petroleum, ketika ada pemimpin PH menyuarakan niat menghapuskan autonomi Imigresen Sarawak, ketika PH memindah pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Borneo ke Sabah, ketika PH melantik warga Malaya sebagai Pengerusi UNIMAS dan banyak lagi kepentingan Sarawak terjejas sepanjang PH berkuasa.
 
”Kenapa DAP membisu ketika semua ini berlaku terhadap Sarawak dan hanya bersuara menyalahkan GPS apabila hilang kuasa serta mencipta seribu satu alasan untuk menyalahkan GPS. Apa keutamaan DAP sebenarnya? Ketika GPS berjuang mengutamakan rakyat dan negeri Sarawak, DAP Sarawak berjuang untuk kepentingan kuasa dan diri mereka sendiri,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »