BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19 : Toh Puan Raghad sumbang RM60,000


KUCHING – 23 Mac 2020: Isteri TYT yang di-Pertua Negeri Sarawak,  Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib memberi sumbangan sebanyak RM60,000.00 kepada Hospital Umum Sarawak dalam usaha menangani wabak Covid-19.

Sumbangan tersebut adalah untuk membeli ubat-ubatan dan kelengkapan hospital untuk Wad Covid-19 di Sarawak.

Toh Puan Raghad amat terharu dan berterima kasih di atas segala usaha murni pihak petugas-petugas di barisan hadapan terutamanya pihak hospital dan klinik kesihatan serta semua pihak yang sentiasa bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab dan usaha pencegahan, pengesanan serta rawatan, selain berkorban masa dan tenaga serta bersikap profesional dalam menangani situasi COVID-19.

Beliau juga mendoakan semoga wabak ini dapat dikawal dan dihapuskan sepenuhnya dalam masa terdekat. 

Toh Puan Raghad juga berharap agar rakyat Sarawak akan terus bertenang dan berganding bahu mengawal penularan penyakit itu dengan mematuhi arahan dan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang tempoh Arahan Kawalan Pergerakan yang bermula 18 hingga 31 Mac ini. 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »