BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19, Sri Aman terkawal


SRI AMAN: Status terkini pandemik COVID-19 di Bahagian Sri Aman berada di tahap terkawal.

Jurucakap Pengurusan Bencana Sri Aman berkata, agensi yang berkaitan sentiasa dalam keadaan bersiap- siaga bagi menghadapi pandemik itu.
"Komunikasi serta penyebaran maklumat yang sahih perlu diperhebatkan oleh pihak UKAS, RTM dan JAPEN agar masyarakat tahu dan mengambil langkah yang sewajarnya.

"Masyarakat  diminta jangan panik  serta mematuhi arahan kerajaan di bawah kawalan pergerakan yang sedang dikuatkuasakan bermula 18-31 Mac ini,"katanya di Mesyuarat Khas Jawatankuas Bencana Bahagian Sri Aman hari ini.
Beliau turut meminta masyarakat supaya tidak mudah percaya dengan berita-berita yang ditularkan di media-media sosial berkenaan dengan penularan penyakit COVID-19.

"Pengamal media sosial harus menyebarkan maklumat yang betul dan sahih kepada masyarakat dengan merujuk kepada laman rasmi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, UKAS dan RTM.
"Pihak Majlis Daerah Sri Aman dan Lubok Antu diminta memainkan peranan agar  peniaga- peniaga  mematuhi arahan kerajaan bagi menutup premis-premis mereka supaya penularan virus ini dapat dibendung,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »