BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19: Sibu mulakan sanitasi di pasar-pasar awam


SIBU, 31 Mac -- Majlis Perbandaran Sibu (SMC), hari ini memulakan proses sanitasi di 10 pasar di bawah bidang kuasanya.

Pengerusinya Clarence Ting berkata, bagi tujuan tersebut, pihaknya telah mendapatkan tiga unit mesin penyembur selain memohon bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu yang mempunyai pengetahuan untuk melakukan proses sanitasi tersebut.


“Sibu mempunyai 10 buah pasar. Kita akan lakukan sanitasi di kesemua pasar tersebut, supaya orang ramai lebih yakin dengan kemudahan awam kita,” katanya sebelum permulaan operasi sanitasi di Pasar Sentral Sibu, hari ini.

Bagaimanapun katanya, pihaknya masih belum membuat keputusan megnenai kekerapan proses sanitasi tersebut akan dijalankan.
Sementara itu, Ting mengesa masyarakat untuk terus memainkan perasanan mereka dalam memerangi penularan COVID-19 dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi memastikan Sibu terus kekal sebagai zon kuning dengan jumlah kes positif COVID-19 yang rendah.
 
“Masyarakat di Sibu telah mematuhi (PKP) … jangan langgarnya. Jika anda rasakan sudah tiada masalah dan mula keluar semula, kita boleh menjadi zon merah,” katanya dan menambah pada masa itu, tempoh PKP boleh dilanjutkan lagi.
Beliau melahirkan kegusarannya terhadap peningkatan kenderaan di jalan raya sejak dua hari lepas, dan berharap perkara itu berlaku kerana orang ramai keluar untuk mengambil gaji mereka.

“Kerajaan telah melakukan perkara yang betul dengan meminta kita untuk duduk di rumah. Dua minggu lagi. Jika benda ini hilang, kita boleh kembali kepada kehidupan biasa. Jika ia terus meningkat, kita perlu tinggal di rumah lebih lama lagi,” katanya.
Dua hari lepas, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak meletakkan Sibu dan Serian yang mempunyai tiga kes positif iaitu di Mukah, Matu, Lawas dan Simunjan, dengan masing-masing satu kes sebagai zon kuning.

Daerah yang telah diistihar sebagai zon merah adalah Kuching (69 kes positif); Semarahan (16); Betong (lapan); Sarikei (enam); Bintulu (lima); Miri (sembilan) dan Limbang (enam) dan sejak pengistiharan tersebut pergerakan antara daerah telah tidak dibenarkan.
-- Bernama

Gambar Facebook Clarence Ting 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »