BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19 : Sarawak catat dua lagi kematian hari ini

KUCHING - Sarawak hari ini mencatatkan dua (2) kes kematian dan menjadikan jumlah kematian sebanyak 7 kes. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata kedua- dua kes kematian ini masing-masing di Hospital Umum Sarawak (1) dan Hospital Miri (1). 

Manakala terdapat Enam (6) kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 135 kes sejak kes positif pertama  dilaporkan pada 13 Mac 2020. 

Kesemua 6 kes baharu ini dirawat di Hospital Umum Sarawak (3), Hospital Miri (2) dan Hospital Sibu (1). 

Pada hari ini, sebanyak 50 kes baharu Person Under Investigation (PUI)
dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,176 kes. 

Daripada jumlah itu, 977 kes adalah negatif dan 64 kes PUI masih menunggu  
keputusan makmal.

Sehingga kini, Sarawak telah merekodkan 7 kematian sejak kes pertama
dilaporkan pada 17 Mac 2020 dan 9 kes telah discaj dari hospital.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan juga  berkata hari ini sudah masuk hari ke-13 tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan,  pihak Polis telah melaporkan sebanyak 95% rakyat Sarawak telah mematuhi  tempoh PKP. Semalam pihak Polis telah membuat 67 tangkapan dengan  jumlah keseluruhan tangkapan sebanyak 229 kes. 

Pada hari ini sebanyak 31 kes telah dituduh dengan jumlah keseluruhan adalah 56 orang. Selebihnya  masih lagi dalam siasatan. 


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berpesan kepada rakyat Sarawak yang sedang berada di luar Sarawak, harap mereka  terus bersabar di sana kerana berjauhan dari keluarga dan tidak dapat balik  menziarahi keluarga tersayang disini sehingga tempoh Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP) ini selesai. 

Sama-samalah menjaga diri dan sentiasa  
menjaga kebersihan serta mematuhi apa-apa arahan Kerajaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »