BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19 ragut nyawa ketiga di Malaysia


Seorang lagi maut, mangsa ketiga Covid-19

KUCHING: Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan merekodkan satu kematian Covid-19 pada hari ini yang dilaporkan pada jam 6.27 petang tadi.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah berkata, ia menjadikan kematian Covid-19 keseluruhan tiga kes setakat ini.

"Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Beliau berkata, pesakit telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. 

Menurutnya, beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. 

"Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »