BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: PKPD mungkin dilaksana di beberapa kawasan di Selangor


PUTRAJAYA, 29 Mac -- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mungkin dilaksanakan di beberapa kawasan di Selangor, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia berikutan negeri itu mencatatkan taburan bilangan kes jangkitan COVID-19 paling tinggi, setakat ini.

"Kalau kita lihat dalam taburan bilangan jangkitan yang paling tinggi ialah di Selangor. Dalam pada itu, kita (KKM) lihat kawasan mana dan zon mana yang tertinggi sekali."

"Jadi, kita sudah kenal pasti ada satu atau dua zon kawasan di Selangor yang mungkin kita akan ambil tindakan seperti mana tindakan diambil di Simpang Renggam, Kluang, Johor," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita berkenaan hantaran KKM di Facebook yang memaparkan beberapa lokasi yang disenaraikan sebagai zon merah iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang di Selangor.

Turut tersenarai adalah Tawau, Sabah, Kuching, Sarawak dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »