BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19 : Pensyarah Unimas meninggal dunia

KUCHING: Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) disahkan menninggal dunia akibat wabak Covid-19 pagi tadi.

Jawatankuasa Perwakilan Persatuan Mahasiswa Seni Gunaan Dan Kreatif (PERSENI) dalam mesej berkata, dukacita dimaklumkan bahawa pensyarah dari Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini. 

"Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memanjangkan doa agar roh beliau sentiasa dicucuri dan dirahmati.

"Kami mewakili seluruh warga fakulti juga menyampaikan Salam Takziah kepada keluarga," katanya.

Pemergan pensyarah terbabit disahkan kakitangan Unimas menerusi laman sosial facebook masing-masing hari ini.

Berita berkenaan disahkan oleh isterinya dan beberapa kakitangan Unimas menerusi laman sosial Facebook masing-masing.

Sarawak semalam merekodkan dua kes kematian dan menjadikan jumlah 7 kes keseluruhan.

Kedua-dua kes kematian ini masing-masing di Hospital Umum Sarawak (1) dan Hospital Miri (1).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, enam kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 135 kes sejak kes positif pertama 
dilaporkan pada 13 Ma.

Menurutnya, kesemua enam kes baharu ini dirawat di Hospital Umum Sarawak (3), Hospital Miri (2) dan Hospital Sibu (1).

"Pada hari ini, sebanyak 50 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,176 kes.

"Daripada jumlah itu, 977 kes adalah negatif dan 64 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

"Sehingga kini, Sarawak telah merekodkan 7 kematian sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac dan 9 kes telah discaj dari hospital," katanya.

Foto : Gambar hiasan. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »