BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: Lelaki ditangkap kecam pihak berkuasa berkaitan PKP

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap kerana mengecam pihak berkuasa yang menjalankan tugas berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Kuching,Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata,suspek berusia 23 tahun bekerja dengan sebuah syarikat penapis air.
"Suspek telah ditangkap jam 10.40 pagi tadi di rumahnya di Bandar Samariang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, posting dan komen suspek yang tidak berpuashati terhadap PKP dan menghina pihak berkuasa seperti Polis , Tentera dan Rela dalam facebooknya telah viral di media sosial. 
"Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan bersama Seksyen 233 AKMM 1998," tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »