BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19: Kempen melawat Malaysia 2020 dibatalkan


KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dibatalkan serta-merta bagi mencegah penularan wabak COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Keputusan itu, kata Nancy adalah berikutan impak penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia dan dunia secara amnya.

Beliau berkata berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19, kementerian turut membekukan semua urusan kaunter dan perkhidmatan dalam talian bagi permohonan baharu, pembaharuan lesen pengendalian pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan pendaftaran penarafan premis penginapan pelancongan, spa dan pusat urutan kaki.

“Pembekuan semua perkhidmatan kaunter dan dalam talian di Bahagian Pelesenan Pelancongan serta Pejabat MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) Negeri berhubung pelesenan pelancongan seperti pelesenan syarikat pengendali pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan pendaftaran penarafan premis penginapan pelancongan, spa dan pusat urutan kaki adalah berkuat kuasa serta-merta sehingga 31 Mac 2020,” katanya dalam kenyataan malam ini.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »