BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19: Hospital Tawau bersiap hadapi gelombang kedua - Aaron Ago


TAWAU, 16 Mac -- Hospital Tawau mampu menangani gelombang kedua penularan wabak COVID-19 berdasarkan persediaan awal hospital itu walaupun sebelum kes positif pertama Sabah dilaporkan di daerah ini pada Khamis (12 Mac) lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang hari ini.

Beliau berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan oleh hospital itu dan petugas kesihatan dalam menangani jangkitan wabak berkenaan.

"Saya telah melihat wad isolasi dan tempat saringan yang Hospital Tawau sediakan begitu mantap dan saya berpuas hati," katanya ketika ditemui pemberita pada lawatannya ke Hospital Tawau di sini.

Beliau turut meninjau pusat saringan COVID-19 di hospital itu dan Dewan Arena Belia Tawau yang dicadang dijadikan pusat kuarantin mangsa COVID-19.

Aaron berkata masyarakat perlu memberi kerjasama dan meyakini usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani wabak itu.

Beliau juga meminta peserta perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lepas untuk tampil membuat saringan kesihatan termasuk mereka yang menjadi kontak kepada ahli tabligh terlibat.

“Saringan pemeriksaan ini ada beberapa tahap. Kalau sudah pasti positif, pesakit akan dibawa ke wad isolasi agar wabak tidak merebak, manakala kalau negatif akan diambil lagi sampel dalam tempoh 72 jam," jelasnya.

Sabah merekodkan 49 kes positif COVID-19 termasuk lapan di Tawau yang kesemuanya adalah dalam kalangan ahli tabligh yang menyertai perhimpunan tabligh itu.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Daerah Tawau Datuk Ir. Amrullah Kamal berkata Dewan Arena Belia Tawau sesuai dijadikan pusat kuarantin COVID-19 kerana kedudukannya yang terletak bersebelahan Hospital Tawau.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »