BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: Ditangkap melepak

 
KABONG: Pihak polis menangkap tiga lelaki tempatan berusia 17 hingga 30 tahun yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar melepak di dalam kereta di kawasan hadapan Perpustakaan Awam Kabong, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Saratok Deputi Superintendan Mordani Tanin berkata, ketiga-tiga mereka ditangkap jam 8.25 malam melalui rondaan yang dijalankan anggota polis Balai Polis Kabong.

"Mereka ditahan kerana melanggar syarat PKP menurut Seksyen186 Kanun Keseksaan (KK)/ 7 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

"Ketiga-tiga suspek ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Kabong untuk siasatan lanjut,mereka akan didakwa di mahkamah atas kesalahan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada barang terlarang ditemui bersama suspek, namun terpaksa ditangkap kerana didapati melanggar PKP.

"Tindakan ketiga-tiga suspek keluar masa PKP ini mungkin akan menyebabkan merebaknya wabak COVID19," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »