BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: Bazaar Ramadhan MBKS mungkin dibatalkan

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan mengadakan mesyuarat minggu hadapan untuk memutuskan sama ada Bazaar Ramadhan di kawasan pentadbirannya akan diteruskan atau sebaliknya berikutan penularan wabak COVID-19 pada masa ini.

Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng berkata, jika penularan wabak COVID-19 berterusan, Bazaar Ramadan tidak akan beroperasi seperti tahun sebelum ini.

"Ini adalah sebagai langkah keselamatan kepada orang ramai kerana kita bimbang rantaian COVID-19 tidak dapat diputuskan jika Bazaar Ramadhan diteruskan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas perlaksanaan pemeriksaan suhu badan di Pasar Komuniti Stutong,di sini, hari ini.

Katanya,pihaknya juga akan mendapat maklum balas masyarakat sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Dalam pada itu,beliau turut menasihati masyarakat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bagi membendung  rantaian COVID-19.

"Ikutlah arahan dengan hanya duduk di rumah pada masa sekarang.Berikanlah kerjasama untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini,"tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »