BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19: Bantuan RM600 sebulan untuk pekerja terpaksa ambil cuti tanpa gaji


PUTRAJAYA, 16 Mac -- Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, susulan penularan wabak COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata mereka yang layak menerima bantuan itu adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.

“ (Bantuan itu juga) Layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan. Langkah ini melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta. Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tersebut,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »