BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19 : Seorang mati tiap 10 minit di Iran

TEHRAN - Iran pada Khamis lalu mengumumkan satu kematian setiap 10 minit akibat Covid-19.

Jurucakap Kementerian Kesihatan 
Kianoush Jahanpour dipetik laporan media di Twitter berkata, 50 kes jangkitan baharu dikesan setiap jam dan satu kematian dicatatkan setiap 10 minit.

“Tehran mencatatkan bilangan tertinggi dengan 137 kes baru dilaporkan diikuti Isfahan 108 dan Gilan 73.”

Iran antara negara yang terjejas teruk akibat pandemik itu selepas China dan Itali dengan sebanyak 149 kematian terbaru menjadikan jumlah keseluruhan 1,284 kes.

Setakat ini, negara itu tidak  menguatkuasakan perintah berkurung atau kuarantin kepada rakyatnya.

Jahanpour menambah, satu keputusan tepat perlu diambil berkaitan perjalanan keluar dan lawatan keluarga semasa sambutan Nowruz.

Nowruz adalah cuti Tahun Baharu Parsi yang disambut 20 Mac hingga 3 April, menyaksikan jutaan rakyat Iran keluar bertemu ahli keluarga.

Kerajaan Iran memberitahu sekitar 10,000 banduan turut dibebaskan sebagai memperingati Nowruz.

Timbalan Menteri Kesihatan Alireza Raisi melaporkan, 18,407 orang telah dijangkiti Covid-19 di Iran, dengan 1,046 kes baru disahkan dalam 24 jam terakhir.

“Namun jumlah jangkitan di 11 dari 31 wilayah sudah menurun kerana penduduk mematuhi garis panduan,” kata Raisi sambil menggesa orang awam untuk patuh arahan tinggal di rumah.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »