BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Chopstick pun jadi isu?


KUCHING, 3 Mac: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membidas pelampau agama di negeri lain yang menjadikan pengunaan chop stick atau penyepit kayu bagi memasukkan makanan ke mulut juga sebagai isu agama. 

"Chop stick itu kayu penyepit tiada kena mengena dengan agama, kayu penyepit itu bagi memasukkan makanan ke mulut,"katanya ketika menghadiri Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia 2020 Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Penerangan Islam Sarawak, Jalan Ong Tiang Swee, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata demkikian kerana ada pelampau agama terbabit sehingga menghebohkan tentang dirinya yang makan mengunakan penyepit kayu dan mendakwa itu perkara dilarang.

"Apa salahnya, apa beza chop stick dengan sudu? Sudu bagi memasukan (makanan) ke mulut, chop stik masuk ke mulut juga, mengunakan tangan pun masuk ke mulut juga,"katanya.

Katanya golongan pelampau agama juga yang sebelum ini menghebohkan tentang kedai cuci baju tidak halal sehingga perkara menjadi isu besar dan mesin cuci baju halal disediakan di kedai terbabit.

"Perkara kecil-kecil beginilah yang diperbesarkan (golongan pelampau agama) dan seterusnya menjadi masalah agama,"katanya dan berikutan itu mahu penduduk Sarawak yang berbilang agama dan kaum tidak terpengaruh faktor negetif dari luar sedemikian dan bersama menjaga negeri ini.
tamat

keterangan gambar:

1. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ( duduk tiga dari kiri) danTimbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas (duduk dua dari kiri) bersama peserta Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia 2020 Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Penerangan Islam Sarawak, Jalan Ong Tiang Swee, di sini, hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »