BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing

KUCHING: Bot nelayan digunakan untuk mencari kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas di Kampung Buntal petang tadi.

Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Mohd Zainul Arif Jalani dilaporkan terjatuh dari jeti ketika memancing bersama dua rakannya.

Pasukan Bomba Sukarela Kampung Buntal telah melakukan usaha mencari dan menyelamat dengan menaiki bot. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata, gerakan operasi mencari dan menyelamat dikerahkan sebaik menerima laporan daripada penduduk kampung.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya sedang bergerak ke lokasi kejadian.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »