BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bedah siasat mangsa kebakaran Pengerang selesai


JOHOR BAHRU, 17 Mac -- Bedah siasat ke atas kelima-lima mangsa kebakaran Unit Diesel Hydro Treating (DHT) di Kompleks Bersepadu Pengerang, dekat sini, Ahad malam, telah selesai sepenuhnya, malam tadi. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Nik Azaham Nik Aziz berkata kesemua jenazah itu dipindahkan dari Hospital Kota Tinggi ke Hospital Sultan Ismail (HSI), dekat sini, pagi tadi.

“Post mortem yang dijalankan oleh pasukan forensik dari HSI diketuai Pakar Forensik Dr Rohayu Shahar Adnan telah berjaya mengenal pasti identiti mangsa di samping pengecaman oleh waris.

“Jenazah kesemua lima mangsa telah diserah kepada waris untuk urusan pengebumian sebaik selesai post mortem dan pengecaman,” kata beliau dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 10.50 malam itu, unit DHT terbakar dan meletup sehingga mengorbankan lima nyawa serta mencederakan seorang lagi dengan 40 peratus melecur. Seorang lagi terselamat.

Mereka yang terkorban dikenali sebagai Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Nor Akmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil. 
-- Bernama

Gambar arwah Hadi Syafiq Jamil dari Facebook ibunya. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »