BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Batu karang bernilai RM 127,750 dirampas

LUNDU: : Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sebanyak 2,638 batu karang kering dianggarkan bernilai RM 127,750 dalam Op Bersepadu Khazanah yang disembunyikan di sebuah rumah, di Jalan Black Smith, di sini.

 Pada jam 4 petang semalam,pasukan yang diketuai Pegawai Risik,Batalion 11 PGA, ASP Mohd Mazlan Mobd Arif bersama lapan anggota,tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan dua pegawai Sarawak Forestry Corporation(SFC) Bahagian Kuching telah membuat pemeriksaan di kediaman terbabit.

Komandernya, SAC Datuk Khaw Kok Chin berkata,hasil pemeriksaan telah menjumpai batu karang pelbagai spesis dan saiz yang disimpan di dalam
sebuah rumah.


"Seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun turut ditahan kerana
 gagal menunjukkan sebarang dokumen dan permit yang sah untuk memiliki haiwan tersebut,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pihak SFC untuk tindakan dan siasatan lanjut Seksyen
29 (2), Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »