BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jangan takut, anjing kelaparan PKP


KUCHING: Sekiranya berdepan situasi anjing jalanan kebuluran jangan takut dan panik. 

Demikian kata Persatuan Haiwan Malauysia (Animal Malaysia) yang mengakui anjing dan kucing turut menerima kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, masyarakat harus menghulurkan makanan dan meletakkan di satu tempat bersih untuk dijamah anjing jalanan.

Katanya, Animal Malaysia menyarankan setiap daripada masyarakat memiliki tong berisi makanan anjing atau kucing.

"Senario ini berlaku akibat kebuluran anjing jalanan memuncak.  Gambaran anjing adalah ganas merupakan pahaman salah.

"Anjing bersifat nakal dan dan suka mengusik bergurau dengan sesiapa sahaja.

"Melainkan anjing berbaka yang dilatih khusus sebagai guard dog untuk tujuan perlindungan dan keselamatan," katanya dalam kenyataan.

Dalam foto mengambarkan kebuluran tahap maksimum sewaktu pelaksanaan PKP.

Menurjutnya, anjing meminta makan kepada manusia hingga ramai ketakutan. 

Katanya,ini kerana masyarakat tidak faham karakter dan keperluan anjing.

"Anjing jalanan adalah haiwan yang sentiasa mengharapkan bantuan dan ehsan manusia. Ketika PKP begini.

"Semua masyarakat yang bukan pencinta haiwan diminta ambil peranan beri makan anjing dan kucing jalanan di kawasan kediaman berdekatan.

"Sekurang-kurangnya membantu krisis kebuluran haiwan jalanan.  Kini semua daripada kita adalah Pemberi Makan Haiwan Jalanan (Animal Feeder)," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »