BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Banjir: SK Long Bemang ditutup

BARAM: Sekolah Kebangsaan(SK) Long Bemang, di sini, terpaksa menghentikan operasi berikutan paras air yang semakin naik di kawasan itu hari ini.


Guru Bencana SK Long Bemang, Hadi Mohd Said berkata, setakat jam 7 pagi tadi keseluruhan padang sekolah,dewan perhimpunan,kuarters guru dan dewan makan dilanda banjir.

"Murid-murid yang tinggal di asrama telah diarahkan balik ke kampung halaman masing-masing.


"Kakitangan sekolah telah membantu mengalihkan barangan di kawasan yang rendah ke tempat yang lebih tinggi,"katanya di sini hari ini.


Katanya, sekolah SK Long Bemang mempunyai seramai 122 orang murid,12 orang guru dan 37 staf sokongan dah ahli keluarga.


Sementara itu,di Kampung Long Bemang paras air juga menunjukkan trend menaik.


"Kawasan itu dinaiki air antara dua hingga 2.5 kaki pagi tadi.


"Penduduk dalam keadaan berjaga kerana khuatir air terus naik sekiranya hujan lebat di bahagian hulu," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »