BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Atlet tukul besi Jackie Wong hampir pulih


SIBU, 18 Mac -- Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang disahkan positif COVID-19 berada dalam keadaan stabil dan sihat.

Dalam kiriman di laman Facebook beliau malam tadi, Jackie berkata beliau sedang menjalani pemantauan dan rawatan lanjut di Hospital Sibu selepas muncul atlet pertama negara positif wabak COVID-19, Isnin lalu.

Beliau turut menegur netizen supaya tidak berkongsi sebarang berita yang tidak disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya juga ingin menegur di sini supaya jangan mengeluarkan atau berkongsi berita-berita yang palsu dan belum disahkan oleh KKM. Anda amat dihargai!," katanya.

Ayahnya, Ahli Parlimen Sarikei,Wong Ling Biu disahkan positif COVID-19 sehari sebelumnya. 
 
"Mengenai dengan ayah saya (Wong Ling Biu), keadaan beliau pada hari ini lebih baik berbanding beberapa hari lepas, meskipun masih menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya sambil meminta rakan-rakan Facebooknya untuk terus berdoa untuk ayah dan keluarganya.

Jackie adalah pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi dengan jarak 68.22 meter.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »