BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Atlet olahraga positif Covid-19 dirawat di Hospital Sibu


KUCHING: Seorang atlet olahraga dari Sarawak dilaporkan positif Covid-19.
Atlet olahraga tersebut kini menerima rawatan di Hospital Sibu.

Sementara itu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mendedahkan seorang atlet olahraga yang juga pemegang rekod kebangsaan telah disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) .

Memetik laporan Astro Arena, ketika ini badan induk itu mengadakan sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil untuk memaklumkan beberapa perkara termasuk status seorang atlet yang dijangkiti wabak berkenaan.

Menurut sidang media tersebut, atlet itu dikhabarkan ditempatkan di Hospital Sibu Sarawak, namun MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) sedang membuat siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, dua jenis sukan telah meminta untuk digantung serta merta bagi tujuan kuarantin di pusat latihan.

Semua perhimpunan, aktiviti belia dan acara sukan yang dianjurkan atau diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun agensi di bawah seliaannya ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April ini.

Ia selaras dengan keputusan dan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas dan juga keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai COVID-19, semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dalam satu kenyataan, berkata keputusan itu akan diteliti semula sekiranya situasi COVID-19 bertambah baik.

“Keputusan dan peringatan pematuhan ini diambil atas sebab keutamaan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan khususnya belia dan atlet negara yang terbabit di pelbagai peringkat bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 yang semakin menular,” katanya.

Menurut Reezal Merican, kementeriannya turut mengambil maklum mengenai langkah proaktif yang diambil beberapa badan sukan dan belia yang telah menangguhkan serta membatalkan program masing-masing.

“Begitu juga inisiatif larangan penonton di lokasi kejohanan masing-masing mengikut kesesuaian setelah mengambil kira nasihat pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »