BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Anggota Badan Dijumpai Dalam Perut Buaya


Buaya baham warga emas mati ditembak

SARIKEI: Kaki kiri, kedua-dua belah tangan dan beberapa organ dalaman warga emas yang hilang ketika mengambil umbut apong di sungai Mekam-Sare,Jaka, di sini,ditemui dalam perut buaya pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, buaya yang disyaki membaham mangsa telah mati ditembak oleh penduduk pada jam 8.50 malam tadi.


"Buaya sepanjang 4.5 meter itu telah dibawa ke darat dan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak polis. 

"Pembedahan ke atas buaya dilakukan oleh Tuai Rumah Ankam dan dua orang adik-beradik kepada mangsa," katanya di sini hari ini.


Katanya, pembedahan ke atas perut buaya yang telah ditangkap untuk mengenal pasti isi dalam perut buaya berkenaan.

"Dengan penemuan organ dalaman dan anggota badan mangsa itu operasi mencari dan menyelamat(SAR) ditamatkan,"ujarnya.



Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu,Khamis lalu mangsa dikenal pasti sebagai Lingai ak Rabong, 78.

Penduduk kampung melihat buaya timbul di permukaan sungai sambil mengheret mangsa menuju ke tengah sungai Mekam.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »