BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Air bah jejaskan jambatan


BETONG: Penduduk di sekitar Rumah Raba Penyelanih, Rumah Sungai Rian dan penghuni Sekolah Kebangsaan(SK) St Mark, Layar resah apabila kejadian air naik menyebabkan jambatan penghubung untuk menyeberangi sungai ke laluan utama ditenggelami air.

Lebih merisaukan jambatan kayu yang menjadi nadi penghubung untuk keluar dirempuh rebak dan kayu hanyut dikhuatiri merosakkan struktur jambatan terbabit.

Penduduk yang menyedari keadaan itu bertindak menghubungi pihak Balai Bomba Dan Penyelamat(BBP) Betong untuk memaklumkan kejadian dan mendapatkan bantuan membuang kayu yang melekat pada jambatan menutupi laluan air.

Pegawai Operasi BBP Betong, PBK1 Henry Jugah memberitahu setibanya pihak Bomba di lokasi mendapati jalan perhubungan terputus akibat dinaiki air. 

"Cuaca yang tidak menentu dan hujan turun dengan lebat di kawasan Hulu sungai menyebabkan air mendadak naik dan berlaku banjir dan jalan utama terputus.

"Pemantauan di lokasi mendapati trend air sungai surut dan jambatan tersebut telah dapat dilalui. 


"Anggota Bomba membantu penduduk dilokasi membersih jambatan dengan membuang kayu-kayan yang tersangkut pada jambatan tersebut," katanya.

Meskipun keadaan air mendadak naik yang berlaku sekitar jam 5 petang itu telah surut tetapi cuaca yang tidak menentu dikhuatiri membawa kepada air bah dari Hulu sungai.

Penduduk juga dinasihatkan untuk berjaga-jaga dan bersedia dengan kemungkinan yang boleh berlaku.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »