BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ahli keluarga Keluda dicari

KUCHING: Hospital Sibu memohon bantuan orang ramai mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit bernama Keluda ak Lanang yang ditempatkan di Wad Psikiatri Perempuan.    

Keluda, 32 tahun berbangsa Iban dan beralamat di Rh. Lebun, Sg. Embau, Song.

Berdasarkan rekod, ibu pesakit masih lagi hidup dan pesakit juga mempunyai beberapa orang adik -beradik yang menetap di Sibu Jaya, Sungai Rassau dan Permai Jaya, Sibu. 

Menurut kenyataan daripada Hospital Sibu, sepanjang pesakit berada di wad tiada ahli keluarga mahupun waris datang menjenguk beliau dan pihak hospital telah beberapa kali menghubungi waris terdekat namun gagal. 

Sehubungan itu, pihak hospital mohon jasa baik orang ramai yang mengenali pesakit atau warisnya agar segera menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Puan Nur Athirah Rawi di talian 084-238 818 atau 084-343 333 (ext.7576)

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »