BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Abang Iskandar lapor diri hari pertama di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu


KOTA KINABALU, 2 Mac -- Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang ke-10, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim melapor diri di pejabatnya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Pelantikan Hakim berusia 60 tahun itu berkuat kuasa pada 20 Feb lepas bagi menggantikan Tan Sri David Wong Dak Wah yang bersara pada 19 Feb.

Sebelum ini, pada 25 Feb lepas, Abang Iskandar telah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Datuk Nurchaya Arshad pada satu majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman dengan disaksikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

Bercakap kepada pemberita selepas melapor diri di pejabatnya, Abang Iskandar berkata beliau akan meneruskan semua perkara yang telah dilakukan oleh Wong sebelum ini.
“Seperti yang kita tahu Mahkamah Kota Kinabalu telah mempertingkatkan sistem teknologi maklumat (ICT) iaitu dengan melaksanakan Aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

“Oleh itu, mempertingkatkan penggunaan ICT adalah perkara yang saya perlu tekankan, selain mempertingkatkan perkara lain yang mana ia perlu diperkasakan,” katanya.
Anak kelahiran Sibu, Sarawak ini memulakan kerjayanya dalam bidang undang-undang pada 1983 sebagai seorang majistret di Mahkamah Majistret Miri di Sarawak dan telah memegang pelbagai jawatan seperti Hakim Mahkamah Sesyen dan Peguam Kanan Persekutuan.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »