BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

67 individu degil ditangkap

KUCHING: Polis Sarawak menangkap 67 individu degil melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan jumlah keseluruhan 229 setakat ini.

Mereka ditangkap dalam operasi PKP yang dilaksanakan sejak 8 pagi semalam hingga 8 pagi ini.

Sibu mencatat jumlah tertinggi iaitu 14 orang diikuti Miri - 12 orang, Kota Samarahan - 12 orang), Bintulu - 7, Padawan - 6, Kuching -5, Lawas - 4, Saratok -3, Betong -2 , Serian - 1 dan Marudi -1. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kesemua yang ditahan dalam tempoh 24 jam sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapan dirakam dan menunggu untuk didakwa di mahkamah.

Menurutnya, mereka disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

"Jika disabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »