BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

54 dipenjara, 17 didenda

KUCHING: Polis telah menahan sejumlah 276 orang yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, sebanyak 46 orang ditangkap semalam.

Menurutnya, sebanyak 66 telah didakwa di Mahkamah.

"Sebanyak 54 daripada mereka telah diberikan hukuman penjara antara satu hingga empat bulan dan 12 lagi didenda antara RM1,000 hingga RM2,000.

"Sebanyak 17 lagi mengaku tidak bersalah," katanya pada sidang media hari ini. 

Menurutnya, Sarawak mendapat bantuan pakar perubatan China dari Kerajaan Wilayah Fujian untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran teknikal mereka dalam menangani Covid-19.

"Kami melakukan ini melalui persidangan video mingguan.

"Kami menghargai segala bantuan yang kita dapat dalam menangani pembunuh yang tidak kelihatan ini," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »