BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

5 ditangkap seludup sarang burung di Lapangan Terbang Sibu


SIBU : Cubaan empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing menyeludup 15 karton serta dua bungkasan besar berisi sarang burung yang diperoleh secara haram gagal apabila mereka ditangkap di Lapangan Terbang Sibu di sini semalam.

Kelima-lima suspek berusia 19 hingga 31 tahun ditahan ketika mahu menaiki sebuah pesawat ke Kuala Lumpur.

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, pihaknya bersama Kastam Sibu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan polis telah menjalankan operasi bersama untuk mengesan kumpulan sindiket berkenaan.

"Pemeriksaan bagasi yang dilakukan oleh pasukan terlibat telah menemui 15 karton dan dua bungkusan besar sarang burung yang telah diproses," kata kenyataan itu.


Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 29 (2) Ordinan Perlindungan Kehidupan Liar 1998.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang memiliki mana-mana haiwan dilindungi atau mana-mana bahagian yang dikenali atau terbitannya, atau mana-mana sarangnya, tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Ordinan ini, boleh dipenjarakan selama setahun dan denda RM10,000.00.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton, yang juga Pengawal Kehidupan Liar mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi tersebut.

Menurutnya, kerjasama rapat dengan agensi penguatkuasa yang berbeza pasti akan meningkatkan keberkesanan tindakan kami terhadap pemburu haram dan penyeludup.


 Orang ramai boleh membuat laporan dengan SFC jika mengetahui ada pihak yang memburu, menangkap, membunuh, berdagang, menyimpan sebagai haiwan kesayangan, mengimport atau mengeksport hidupan liar yang dilindungi.

Aduan boleh dihantar kepada talian hotline SFC di 016-856 5564 atau 019-885 9996 (Kuching), 019-888 3561 (Sibu), 019-822 3449 atau 019-833 2737 (Bintulu) dan 019-829 0994 atau 018-979 9778 (Miri).



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »