BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

48 pegawai, jurulatih dan rakan Jackie Wong negatif I

SIBU: Seramai 48 pegawai, jurulatih dan atlet yang kontak rapat bersama Jackie Wong sebelum ini telah disahkan negatif dari wabak Covid-19.

Ia didedahkan oleh atlet tukul besi kelahiran Sarawak tersebut menerusi status terkini dalam facebook peribadi.

Pemenang pingat perak Sukan Sea 2019 itu dikuarantin di Hospital Sibu selepas disahkan positif COVID-19 selepas melakukan pemeriksaan pada 14 Mac lalu.

“Berita yang amat menceriakan saya, seramai 48 pegawai, jurulatih dan atlit yang kontak rapat dengan saya sebelum ini telah disahkan negatif Covid-19," katanya menerusi hantaran facebook.

Menurutnya, jangkitan yang diperolehi selepas balik ke kampung pada 11 Mac lalu, manakala ayahnya juga positif Covid-9 disyaki ketika menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Sibu bersama peserta Tabligh pada 2 Mac 2020.

Beliau adalah pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi dengan jarak 68.22 meter.

Jackie adalah anak kepada Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »