BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

46 ditangkap langgar PKP


KUCHING: Seramai 46 ditangkap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak setakat ini.

Mereka yang degil melanggar perintah sekatan dari jam 8 malam semalam hingga 8 pagi ini.

Daerah Miri mencatatkan tangkapan poaling ramai iaitu 12 orang diikuti Kuching 9 orang, Sibu (8), Saratok (3), Padawan (2), Kota Samarahan (2), Sri Aman (2), Limbang (2), Dalat (2), Bintulu (1), Serian 1), Lawas (1) dan Sarikei (1).

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato' Dev Kumar berkata, seramai 83 individu dituduh daripada 276 yang ditangkap keseluruhan setakat ini.

"Daripada jumlah orang dituduh mengikut daerah iaitu 31 dari Sibu diikuti Padawan (13), Miri (7), Dalat (7), Sarikei (6), Lawas (6), Matu Daro (6), Kuching (4), Kota Samarahan (2) dan Bintulu (1).

Menurutnya, kesalahan didakwa dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan / Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020).

Katanya, hukuman dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah dibawah Sek. 186 Kanun Keseksaan - penjara 2 tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Peraturan 7 (1) PPPPB - denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »