BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

38 kematian Covid-19 di Indonesia

JAKARTA, 21 Mac -- Angka korban akibat penularan wabak COVID-19 di Indonesia terus meningkat dan jumlahnya setakat ini mencecah 38 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19 Achmad Yurianto berkata setakat tengah hari, terdapat enam lagi kes kematian (berbanding semalam sebanyak 32) akibat jangkitan virus itu manakala kes positif meningkat kepada 450.

"Jumlah kes positif baharu hari ini ialah sebanyak 81 kes (berbanding semalam 369)," katanya di laman media sosial Youtube Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia yang bersiaran secara langsung hari ini.

Mengikut pecahan kematian, Jakarta mencatat jumlah tertinggi dengan 23 kes diikuti Jawa Barat (7 kes), Jawa Tengah (3), Banten (2) serta masing-masing satu kes di Bali, Jawa Timur dan Sumatera Utara.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »