BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

31 langgar PKP didakwa hari ini

KUCHING: Sebanyak 31 individu didakwa di mahkamah hari ini ekoran melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setakat ini, 56 individu telah didakwa daripada 229 kes tangkapan dibuat setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, selebihnya masih lagi dalam siasatan untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pihak polis telah membuat 67 tangkapan dalam operasi PKP semalam.

"Hari ini sudah masuk hari ke-13 tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan, 
pihak Polis telah melaporkan sebanyak 95% rakyat Sarawak telah mematuhi 
tempoh PKP," katanya.

Beliau menasihatkan rakyat yang sedang berada di luar Sarawak,  terus bersabar meskipun berjauhan dari keluarga dan tidak dapat balik menziarahi keluarga tersayang.

"Sama-samalah menjaga diri dan sentiasa 
menjaga kebersihan serta mematuhi apa-apa arahan kerajaan," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »