BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

162 ditangkap, 5 dipenjara, 3 didenda

KUCHING: Polis Sarawak menanggkap 162 pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada jumlah ini, lapan telah didakwa di mahkamah dimana lima telah dijatuhkan hukuman penjara dua hingga empat bulan dan tiga lagi di denda.

Selebihnya akan didakwa di mahkamah mulai esok.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengursuan bencana Negeri berkata, pihak polis memaklumkan sebanyak 95 peratus telah mematuhi PKP.

"Pihak polis memaklumkan sebanyak 95 peratus telah mematuhi PKP," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah membuka pusat saringan COVID-19 di Kompleks Belia dan Sukan.

Menurutya, sejak ianya dibuka pada 21 Mac yang lepas, seramai 1,771 telah disaring dengan 642 sampel diambil dan 17 kes positif telah dikesan.

Beliau menasihatkan kepada semua NGO hanya dibenarkan menghantar 
sumbangan makanan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tidak 
dibenarkan untuk mengagih makanan secara terus kepada penerima.

"Kita tidak boleh biarkan orang keluar bebas keluar rumah atas alasan untuk menghantar makanan.

"Pejabat JKM akan diguna sebagai pusat pengumpulan barang sumbangan. Jawatankuasa juga menyarankan apaapa sumbangan hendaklah melalui Sekretariat JPBN," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »