BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

16 calon SPM cemerlang A+


KUCHING: Seramai 16 calon mendapat keputusan cemerlang gred A+ dalam semua mata pelajaran berbanding hanya lapan calon pada tahun sebelumnya sekali gus menunjukkan peningkatan 100 peratus keputusan SPM 2019.

Pengarah Pendidikan Sarawak Dr. Azhar Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut, tiga calontelah mencatatkan 11 A+ sekali gus mengatasi pencapaian pada tahun 2018 iaitu pencapaian tertinggi tahun
lepas hanya 10 A+. 

"Tujuh calon telah mendapat 10A+ berbanding hanya  dua orang pada
tahun 2018. Enam calon telah mendapat 9A+ dalam semua mata pelajaran yang
diambil," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, sebanyak 19 buah Sekolah Menengah Kerajaan yang mempunyai
sekurang-kurangnya 10 orang calon yang memperolehi minima Gred A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Menurutnya, SMK Green Road Kuching, Kuching mempunyai 35 orang calon yang memperolehi sekurang-kurangnya Gred A- dalam semua mata pelajaran yang diambil. 

"Ini diikuti oleh SMK Tung Hua, Sibu iaitu seramai 28 calon, SMK Methodist, Sibu (27 orang
calon), SMK Sacred Heart, Sibu, SMK St Anthony, Sarikei dan SMK Tinggi Kuching pula, masing-masing seramai 25 orang calon. 

"Manakala, SMK Chung Hua Miri, Miri dan SMK Bintulu, Bintulu pula seramai 23 orang calon," katanya.

Beliau berkata, bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam semua mata pelajaran bagi tahun 2019 mencatatkan peningkatan iaitu seramai 559 orang calon
(1.74%) berbanding 533 orang calon (1.63%) pada tahun 2018.

Menurutnya, pencapaian prestasi
calon bagi kategori ini bagi tahun 2019 berbanding tahun 2018 menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 0.11%.

"Pencapaian calon Negeri Sarawak mengikut nilai Gred Purata Negeri (GPN) 2019 adalah lebih baik daripada tahun 2018. GPN pada tahun 2019 mencatatkan 5.18 berbanding 5.19 pada tahun 2018," ujarnya.

Beliau menambah, seramai 36,021 orang calon di Sarawak telah mendaftar untuk
menduduki peperiksaan SPM.

Katanya, daripada jumlah itu, 32,806 orang (91.07%) adalah calon Sekolah Menengah Kebangsaan, 416 orang (1.15%) merupakan calon sekolah di bawah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia, 1045 orang (2.90%) pula adalah calon Sekolah Menengah Swasta manakala 1758 orang (4.88%) adalah calon persendirian.

"Dalam peperiksaan SPM 2019, seramai 27,178 orang calon atau 84.61% daripada
32,120 orang calon Sekolah Menengah Kebangsaan yang hadir telah berjaya mendapat sijil SPM, iaitu dengan memenuhi syarat sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »