BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

15 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19, 1 dalam ICU

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam muatnaik di Facebook berkata:

Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19. 

Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah.

——————————————-

As of today, 12 MOH healthcare workers and 3 from the private healthcare sector have been infected by the COVID-19 virus. One of 12 MOH staff is currently in ICU on ventilatory support. 

This virus knows no boundaries, regardless of your race, religion or wealth status, even more so if you are a healthcare worker at the frontline of this war. 

Our simple message to the public today: Please help us to help you. Stay at home.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »