BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

15 hari hanyut di laut


BINTULU: Dua nelayan Filipina berdepan detik mencemaskan hanyut di laut selama 15 hari setelah bot mereka rosak sebelum berjaya diselamatkan. 

Kedua-dua mereka berusia  24 dan 40 tahun  mangsa berasal dari kepulauan Palawan, diselamatkan sebuah kapal yang bertugas di kawasan pelantar minyak pada kedudukan 140 batu nautika daripada Bintulu. 
Mereka selamat tiba di Pelabuhan Bintulu pada jam 9.30 pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen  Abdullah berkata,Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Bintulu menerima maklumat daripada pihak Petronas berkaitan sebuah bot nelayan bersama dua nelayan hanyut dilaut 20 Februari lalu.

"Kejadian terbabit disyaki berpunca apabila bot yang dinaiki oleh mereka mengalami kerosakan pada bahagian enjin. 
"Pihak kedutaan Filipina telah dimaklumkan berhubung dengan penemuan dua orang rakyat mereka yang telah di selamatkan oleh pihak berkuasa di Malaysia,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Zon Maritim Bintulu berharap komuniti maritim terutamanya di Bintulu  supaya mengutamakan keselamatan semasa berada di laut.
Orang ramai boleh melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 999 atau hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »