BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

123 kes baharu, 511 dirawat, 42 sembuh

PUTRAJAYA: Sebanyak 123 kes baharu Covid-19 dicatat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

"Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai
162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada
jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia," katanya menetusi perutusan khas Covid-19 malam ini.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. 

Menurutnya, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. 

Katanya, situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Gambar seorang fotojurnalis akhbar sedang diperiksa petugas kesihatan

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »