BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

12 bekas wakil rakyat PKR bakal disaman RM10 juta?


SHAH ALAM: Seramai 12 wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak melompat parti bakal berdepan tindakan saman dan perlu membayar RM10 juta setiap seorang.

Menurut laporan Malaysiakini, Bendahari PKR, Lee Chean Chung berkata, saman terbabit berdasarkan dokumen undang-undang yang ditandatangani wakil rakyat berkenaan sebelum mereka diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum 2018.

Beliau berkata, surat tuntutan akan dihantar mulai minggu hadapan.

“Mereka perlu menjawab tentang bagaimana untuk membayar RM10 juta itu.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, kami akan dakwa mereka di mahkamah.

“Kami juga akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkannya selepas menghantar surat kepada mereka," katanya.

Chean Chung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berkata, setiap wakil rakyat terbabit perlu membayar sebanyak RM10 juta sekiranya dipecat sebagai ahli, melompat ke parti lain atau meninggalkan parti tetapi kekal sebagai calon bebas.

“Pembayaran itu perlu dilakukan dalam masa tujuh hari selepas seseorang wakil rakyat keluar atau dipecat daripada parti.

“PKR sedang berbincang dengan peguam untuk mengumpul semua maklumat yang relevan mengenai wakil rakyat yang berpaling tadah,” katanya.

Seramai 12 wakil rakyat terbabit terdiri daripada sembilan ahli Parlimen dan tiga ADUN.

Ahli Parlimen yang terlibat ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak); Zuraida Kamaruddin (Ampang); Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat); Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).

Tiga ADUN pula ialah Hilman Idham (Gombak Setia); Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Chong Fat Full (Pemanis).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »