BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

10 juta topeng muka dibawa masuk

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebanyak 10 juta bekalan topeng muka akan dibawa secara berperingkat ke negara ini dan diselaraskan oleh Kementerian Pengangkutan.

Menurutnya, agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyelaras keperluan peruntukan dan agihan topeng muka itu apabila ia tiba kelak.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, keutamaan agihan akan diberi kepada anggota barisan hadapan yang menguruskan hal berkaitan COVID-19 sama ada di peringkat kebangsaan atau negeri iaitu kakitangan Kementerian Kesihatan dan anggota polis, imigresen serta tentera.

“Jika ada lebihan, barulah ia akan diberikan kepada pasaran. Itu pun akan diuruskan NADMA dengan kerjasama Pharmaniaga (Berhad)," katanya pada sidang media di Perdana Putra di sini, hari ini.

Beliau mahukan rakyat menjaga kesihatan dan keselematan serta mematuhi peraturam yang ditetapkan oleh kerajaan serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Jika kita tidak menyekat, ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat. 

"Sehubungan itu, patuhi segala perintah kerajaan," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »