BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tokan dadah kawasan Tabuan Foochow ditangkap


KUCHING: Tindakan seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan membongkar aktiviti pengedaran dadah yang dilakukannya.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditangkap Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching jam 12.45 tengah hari tadi di tepi Lorong 1Y, Jalan Foochow.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superibtendan Merbin Lisa berkata, pemeriksaan badan yang dilakukan pihaknya menemui satu bekas kecil berisi empat peket plastik yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 5.25 gram di dalam poket belakang seluar suspek.

"Suspek mengaku menjalankan pengedaran dadah jenis syabu di sekitar kawasan Tabuan Foochow sejak akhir tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,semakan rekod lampau yang dijalankan mendapati suspek pernah terlibat sebanyak tujuh kali dalam kes di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak dari tahun 2013.

"Suspek juga disahkan positif dadah Methamphetamine setelah saringan air kencing dijalankan,"ujarnya.

Kes disiasat  di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »